Rumah Warisan ini terletak di Jalan Lumba Kuda, Alor Setar berhadapan dengan Wisma Darul Aman. Kewujudan Rumah Warisan ini adalah dari cetusan idea oleh YAB Tan Sri Sanusi bin Junid, mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman ke 7 (1996-1999) yang mana seni bina Melayu ini dipelihara sebagai warisan bangsa yang begitu bernilai. Rumah Warisan terdiri dari dua buah rumah Melayu tradisional iaitu “Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai”. Pemilihan dua buah rumah ini ialah kerana ianya menepati ciri-ciri seni bina melayu serta mempunyai sejarah yang tersendiri.
Rumah Warisan
Rumah Warisan, No. 1 Jalan Lumba Kuda, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telefon : 604-7303771
Faks : 604-7305314