Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah Darul Aman ke 2. Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. Pada Julai 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah.
Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan, dan mini theatrette. Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan Kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Alam Semulajadi, Dewan Tokoh, Dewan Pengangkutan, Dewan Senjata, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sastera. Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam
Muzium Negeri Kedah
Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Telefon : 604-7331162
Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Telefon : 604-7331162
Faks : 604-7305100
Opening Hours
Monday:
9 am–5 pm
Tuesday:
9 am–5 pm
Wednesday:
9 am–5 pm
Thursday:
9 am–5 pm
Friday:
9 am–5 pm
Closed
Saturday:
9 am–5 pm
Sunday:
9 am–5 pm